Friday 4 January 2013

musim hujan :)


Salam semua…..dah lamakan aku tak update blog aku nie..sorry la, ada masalah sikit….hmmm….jom dengar aku nk kongsi serba sedikit tentang tankap ikan dengan pukat.hihi..maklum la kan. Sekarang nie musim hujan….2 hari kampung aku hujan tak berhenti-henti.  So, aku ajak abang, adik-adik aku pergi pukat ikan kat baruh(nama tempat)….. semasa kami otw nk pergi tu.. terserepak la ngn mamat poksoh..nie dialog aku dengan dia,hehe.
Aku: hoi!!..mai cni jap!
Mamat:hoi!..wane?? awok mu nak pukat ikan ke?  Nak pergi tahan mane?
Aku: tak tahu gop aku, tngok kat mane ade air..situ ar aku tahan.hehe
Mamat: mai ikut aku. Aku ade tmpat pling comel.
Aku: mane???..serius ar
Mamat: mai ar..lau aku kabo.memang awok mu tak meyesal ar ikut aku.
Aku: beres2
And then aku ngn adik-beradik aku ikut la dia…hehe…hok aku suke dia..mamat jatuh dari motor ye..hahaha…golek aku suke dia.haha….mujur dop jatuh dalam parit, kalau tidak aku ase panggil lori la tarik motor dia.hehe…lepas 15 minit perjalanan. Smpai la kami di tempat mamat tu…hmmm…memang dop yesal ikut mamat nie..memang comel tempat tu…tapi, tak tahu ar ada ikan ke tidak…. Lepas habis semua bincang gane2 nak buat, kayu pom dah ade.. aku, adik hakim, adik hakam turun la dalm air tu..hohooo..sejuk gile…kamu banyang la air paras pingan..fuuuhh!!..sejuk bohhh.. ooohhh!!..lupa. abang wan tak turun, ye penakut,hihihi..alasan dia baju tak ada…..hampir satu jam kami duk dalm air tu.hihii..aku tngok muke setiap orang getor kesejukan  macam mesin….  Habis semua siap, selesai semua kije..kami pom balik rumah jap..rehat2 dulu…petang kemudian kami pergi balik…ambik ikan… pada petang tu kami dapat ikan puyu je banyak…tpi, rizeki..kami tetap bersyukur J


Keesokan harinya, waaahhhhh….air semakin dalam,hahaha…mcam mana nie nk ambik pukat nie??..nasid baik adik hakam bawak jeket keselamatan.hehe..tapi, mamat, aku, hakim,hakam…tetap turun..kecuali abang wan, ye buat alasan sama,hihihi,…mula2 mamat turun,hakam, hakim, baru aku,hihi..(hero lambat skit) aku turun je..waahhh…air paras hidung aku,haha…mujur aku pandai berenang anjing,hehe,,boleh la nk selmat diri.. lepas satu jam kami tarik pukat…kami pom bawak balik and then tngok hasilnya…nak kate bnyak tidak jugak..ade ikan keli. Ikan haruan, ikan puyu. Ikan perah..boleh la buat makan tengah hari ni.hihi…dua hari family ak mkn ikan darat,hehe.. habis cerita,hehe..macam mana??..faham tak?..tak faham takpe la, buat2 je la faham ea.hehe…wassalam

Sunday 28 October 2012

mengawal perasaan marah


Assalamualaikum semua…hari nie aku nk kongsi tentang tips2 mengawal sifat marah nie. Memang tidak dinafikan lagi bahawa sifat marah ini ada di setiap manusia. Jadi macam mana kita nak mengawal sifat marah nie? Pernah aku terbaca tentang hadis Rasulullah s.a.w bahawa orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal perasaan dia ketika dia marah. Jadi nak kuat tak?. Ini tips nak jagi kuat..hehehe

Tips pertama ialah  DIAM. Apabila manusia marah, biasanya sukar untuk dia menuturkan kata-kata yang baik.   Dia akan cenderung untuk menghambur segala kata2 kesat yang pasti akan disesali kemudian hari kelak. Maka, salah satu cara yang baik untuk mengawal kemarahan adalah dengan mendiamkan diri. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya; “Apabila salah seorang daripada kalian marah, maka hendaklah dia diam”. (Riwayat Ahmad)

Tips kedua ialah DUDUK. Duduk juga salah satu cara untuk mengawal perasaan marah nie. Jika berdiri, dikhuatiri perasaan marah akan diikuti oleh geraan fizikal yang lain seperti memukul dan menendang. Hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya: “ Apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia berdiri , maka hendaklah dia duduk agar kemarahnya hilang. Apabila masih belum reda , maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud)

Tips ketiga ialah MENGAMBIL WUDUK. Mengambil wuduk ketika marah ialah cara yang paling berkesan. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Marah ialah bara api, maka padamkan ia dengan berwuduk.” (Riwayat al-Baihaqi)

Untuk pengetahuan semua perasaan marah ini boleh membunuh kita.  Salah satu bahaya yang disebabkan oleh marah di luar batasan ialah mati mengejut akibat kegagalan jantung berfungsi.
Jadi kepada yang tahu tu Ahamdulillah dan kepada yang tidak tahu lagi cepat2 la kawal perasaan marah anda. Tetapi, tidak guna kalau tahu tidak beramal. Jadi, anda sudah tahu cepat2 la beramal. 
Good luck!!
comelkan kalau senyum :)

Saturday 27 October 2012

kehidupan


Assalamualaikum saya ucapkan kepada muslim and hai for non-muslim.. malam nie saya nk update skit pasal kehidupan seorang mamat nie(bkn nama sebenar). kehidupan family dia sangat susah..nk makan pom susah. Jauh berbeza dari family aku...family aku xde la senang sangat, xde la susah sangat. … Hmmm…aku sangat bertuah nk berbanding dengan dia. Aku bleh la jugak makn 3, 4 kali sehari. Tpi, dia 2 kali sehari itu pom dah kira cukup..….hmmm…susah aku nk cakp cam ne,…aku ase sebak dade bile dgar luahan hati dia. Nk je aku tlong dia..tp, aku xmampu..aku hanya mendengar, bagi kata2 semangat dan berdoa untuk dia teruskan hidup yang banyak liku2,selekoh yang  dan berhaya untuk dilalui…sukar nk aku gambarkan kalau aku yang ada d tempat dia. mesti aku xberljar kot…  Aku pesan kat dia supaya banyakkan bersabar, solat jagn lupa, jagn berdahke kat parents. aku harap dia tabah mejalani kehidupan ini… . Aku sangat bersyukur kepda Allah SWT kerana dikurniakan family yang bhagia dan rizeki yang melimpah.... Aku harap suatu hari nanti kehidupan dia senang dan bahagia disamping orang tersayang…Aamiin…sama2 kita doakan. Insya-Allah…may Allah SWT bless you

Friday 26 October 2012

sejarah KOTA MADINAH


salam..jom dgar cerita ringkas pasal kota madinah…
Asal nama madinah adalah yathrid. Sebuah kawasan yang tanahnya subur dan mempunyai saliran air yang baik. Kaya dengan tanaman kurma,limau,anggur dan lain-lain. Kesuburan tanahnya membuatkan madinah didatangi oleh orang dari selatan dan utara.
Selepas orang greek dan rom menakluk palestin, mereka menghalau orang yahudi keluar dari negeri itu. Mereka berpindah ke yathrib, yang kini dikenali sebagai madinah. Antara puak yahudi adalah bani quraizah, bani nadir dan bani qainuqa.
Kemudian datang pula orang dari saba’ iaitu yaman selepas empangan maarib pecah. Mereka daripada suku aus dan khazraj. Mereka adalah orang arab.
Orang arab ini Berjaya mengatasi orang yahudi di madinah. Ini menyebabkan orang yahudi berasa sakit hati lau menghasut penduduk madinah sehingga berlaku peperangan sesame mereka. Sejak itu madinah tidak lagi aman. Selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke madinah, barulah mereka dapat hidup aman dan islam berkembang. 


sumber: novel sejarah islam Abdul Latip Talib

Thursday 25 October 2012

expandables time


salam semua yang mengenali diri ini juga yang tidak megenali diri ini….aku nk kongsi kan serba sedikit tentang pengalaman aku konvo semata-mata nk g tengok wayang kat mertakab,hahaha..klakar plak aku rase…yela..sanggup pergi jauh tu nk tengok wayang…tpi, xhairan la kalau cerita expandables two….berbaloi la juga sebab cerita best kan….  Kami kesemua seramai 9 0rang dan 6 buah motor bertolak dari pkul 12pm sampai metakab pukul dalam 1pm lebih kot..agak2 je ea..aku pom lupe dah…lepas je beli tiket wayang aku dgn member aku ni  roda2 dlam shooping complex tu....duit dalam poket xde pom. tpi, bile tngok barang macam nk beli..aku rasa kasian plak teuke kdai tu duk layan kerenah member2 aku nie….tp, aku pom join jugak,hehehehe….tepat pkul 2 pm. Kami terus masuk wayang layan la cerita expandables2..perhh..terbaik..tp, gambar xcomel…sound ok..sakit terlinga aku nie…..abis je tngok wayang. Aik?..member aku plak ajok makn…cakp xde duit…adoi..hmm..xpe la join la dia makn sekali....dah makn habis, kami trus balik…sampai kat rumah dalam pukul 10 malam…..adoiss..penat..jom la tidor..good nite guys.... =_=


kebosanan menunggu tiket :)
rehat sekejap