Assalamualaikum semua…hari nie aku nk kongsi tentang tips2
mengawal sifat marah nie. Memang tidak dinafikan lagi bahawa sifat marah ini
ada di setiap manusia. Jadi macam mana kita nak mengawal sifat marah nie? Pernah
aku terbaca tentang hadis Rasulullah s.a.w bahawa orang yang kuat ialah orang
yang dapat mengawal perasaan dia ketika dia marah. Jadi nak kuat tak?. Ini tips
nak jagi kuat..hehehe
Tips pertama ialah DIAM. Apabila manusia marah, biasanya sukar
untuk dia menuturkan kata-kata yang baik. Dia akan
cenderung untuk menghambur segala kata2 kesat yang pasti akan disesali kemudian
hari kelak. Maka, salah satu cara yang baik untuk mengawal kemarahan adalah
dengan mendiamkan diri. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya; “Apabila salah
seorang daripada kalian marah, maka hendaklah dia diam”. (Riwayat Ahmad)
Tips kedua ialah DUDUK. Duduk juga salah satu cara untuk
mengawal perasaan marah nie. Jika berdiri, dikhuatiri perasaan marah akan
diikuti oleh geraan fizikal yang lain seperti memukul dan menendang. Hadis Rasulullah
s.a.w, maksudnya: “ Apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia
berdiri , maka hendaklah dia duduk agar kemarahnya hilang. Apabila masih belum
reda , maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud)
Tips ketiga ialah MENGAMBIL WUDUK. Mengambil wuduk ketika
marah ialah cara yang paling berkesan. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Marah
ialah bara api, maka padamkan ia dengan berwuduk.” (Riwayat al-Baihaqi)
Untuk pengetahuan semua perasaan marah ini boleh membunuh
kita. Salah satu bahaya yang disebabkan
oleh marah di luar batasan ialah mati mengejut akibat kegagalan jantung
berfungsi.
Jadi kepada yang tahu tu Ahamdulillah dan kepada yang tidak
tahu lagi cepat2 la kawal perasaan marah anda. Tetapi, tidak guna kalau tahu
tidak beramal. Jadi, anda sudah tahu cepat2 la beramal.
Good luck!!
| comelkan kalau senyum :) |
No comments:
Post a Comment