Friday, 26 October 2012

sejarah KOTA MADINAH


salam..jom dgar cerita ringkas pasal kota madinah…
Asal nama madinah adalah yathrid. Sebuah kawasan yang tanahnya subur dan mempunyai saliran air yang baik. Kaya dengan tanaman kurma,limau,anggur dan lain-lain. Kesuburan tanahnya membuatkan madinah didatangi oleh orang dari selatan dan utara.
Selepas orang greek dan rom menakluk palestin, mereka menghalau orang yahudi keluar dari negeri itu. Mereka berpindah ke yathrib, yang kini dikenali sebagai madinah. Antara puak yahudi adalah bani quraizah, bani nadir dan bani qainuqa.
Kemudian datang pula orang dari saba’ iaitu yaman selepas empangan maarib pecah. Mereka daripada suku aus dan khazraj. Mereka adalah orang arab.
Orang arab ini Berjaya mengatasi orang yahudi di madinah. Ini menyebabkan orang yahudi berasa sakit hati lau menghasut penduduk madinah sehingga berlaku peperangan sesame mereka. Sejak itu madinah tidak lagi aman. Selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke madinah, barulah mereka dapat hidup aman dan islam berkembang. 


sumber: novel sejarah islam Abdul Latip Talib

No comments:

Post a Comment